Phone 1 Phone 2

Kampung Kita, Kampung Digital Pertama Di Malaysia

Menghubung warisan dan teknologi, mencipta masa depan digital untuk komuniti yang harmoni.

Ciri Ciri

Komuniti:

Hubungkan dan sokong satu sama lain. Sertai komuniti aktif yang memberi ruang untuk berkongsi pengalaman, mencari penyelesaian bersama, dan berhubung dengan jiran serta rakan komuniti. Berinteraksi dalam forum atau sembang langsung.

Perkhidmatan:

Akses mudah kepada kemudahan harian. Dari pembelian topup, pembayaran bil, hingga mencari tempat makan terbaik atau melakukan jual beli barangan dalam komuniti.

Aktiviti:

Inisiatif yang memperkuat komuniti. Terlibat dalam Bendera Putih, Crowdfunding, E-Khairat, dan Kongsi Rezeki untuk memberi dan menerima sokongan. Aktiviti ini memastikan setiap individu mendapat bantuan yang diperlukan.

Aduan

Aduan ialah platform untuk melaporkan masalah di kawasan anda seperti sampah tidak terurus, gangguan bunyi, jalan rosak, atau haiwan liar yang mengancam keselamatan. Gunakan Aduan untuk menyampaikan kebimbangan anda.

Berita Kematian

Berita Kematian ialah platform untuk maklumat terkini mengenai pemergian ahli komuniti. Keluarga boleh berkongsi berita kematian agar jiran dan kenalan dapat menyampaikan takziah dan sokongan. Ruang ini membantu komuniti bersatu dalam menghadapi kehilangan dan memberikan penghormatan terakhir.

Hebahan

Hebahan ialah platform untuk menyebarkan berita/maklumat penting komuniti. Contoh: banjir, pengumuman cuti umum, penutupan jalan, atau kehilangan barang/haiwan/ahli keluarga. Memudahkan penduduk kekal informed tentang perkembangan terkini berkaitan kehidupan harian.

Sembang Komuniti

Sembang Komuniti ialah platform interaksi langsung untuk penduduk berdaftar berbincang isu semasa, berkongsi idea/penyelesaian, dan mengukuhkan hubungan komuniti. Berfungsi seperti ruang sembang kumpulan, ia membolehkan pertukaran pandangan dalam suasana mesra dan terbuka.

Beli Topup

Dapatkan kemudahan untuk membeli topup telefon prabayar dengan mudah dan pantas. Anda boleh membeli topup untuk pelbagai rangkaian dan denominasi mengikut keperluan anda tanpa perlu keluar rumah. Cuma pilih nilai topup, buat pembayaran, dan topup anda akan diterima dengan segera.

Bayar Bil

Melalui platform kami, anda boleh membayar bil utiliti seperti air, elektrik, dan telefon secara dalam talian dengan selamat. Kami menawarkan kemudahan pembayaran yang cepat dan mudah, membolehkan anda menguruskan kewangan rumah dengan lebih efisien tanpa perlu beratur di kaunter.

Jual Beli

Platform komuniti untuk menjual dan membeli barangan secara langsung antara pengguna. Dengan sistem yang mudah dan selamat, ahli komuniti boleh menjana pendapatan, mendapatkan barangan pada harga berpatutan, serta menggalakkan ekonomi setempat melalui transaksi yang lebih mesra dan dipercayai.

Makan Places

Temui pelbagai tempat makan terbaik di kawasan anda! Dari restoran, kafe, hingga gerai jalanan, kami membantu anda mencari lokasi makanan yang sedap dengan ulasan pengguna, menu, dan cadangan komuniti. Nikmati pengalaman menjamu selera dengan lebih mudah dan menyeronokkan!

Bendera Putih

Bendera Putih ialah simbol tanda memerlukan bantuan. Dikenali sebagai gerakan komuniti semasa COVID-19, ia kini wujud dalam bentuk digital di platform Komuniti untuk pengguna menghantar isyarat kesusahan. Anggota komuniti boleh segera memberi bantuan (makanan/keperluan harian) atau sokongan lain, memudahkan bantuan dan menyokong semangat tolong-menolong.

Kongsi Rezeki

Kongsi Rezeki ialah platform komuniti untuk berkongsi lebihan (makanan/minuman/barangan) dengan mereka yang memerlukan.